Pada hari Jumaat
minggu lepas ( 26 April 2012 ), saya dan kawan telah pergi ke Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA ) untuk menyaksikan persembahan
teater yang bertajuk “Rumah Kedai di Jalan Seladang”. Kami telah bertolak pada
pukul 4 petang dari Tanjong Malim menggunakan bas SKS. Kami telah tiba di Kuala
Lumpur pada pukul 5.40 petang disebabkan keadaan jalan raya yang sangat sesak.
Setibanya di Pudu Sentral, kami telah pergi ke KFC yang berhampiran.
Sesampainya di KFC tersebut, kami telah beratur
seperti pelanggan-pelanggan yang lain. Entah mengapa, jurujual tersebut tidak
mengendahkan kami langsung. Jurujual tersebut terus memanggil seorang abang di
belakang kami dan terus melayannya sedangkan kami berada di bahagian depan
abang tersebut langsung tidak dipandangnya. Kami tertanya-tanya di dalam hati.
Mengapa jurujual tersebut tidak melayan kami
sedangkan kami yang berbaris di hadapan abang tersebut.
Pelbagai persoalan bermain di fikiran.
Adakah kami telah melakukan sebarang kesilapan?
Rasanya tidak ada sebarang kesilapan yang kami lakukan memandangkan kami baru sahaja sampai ke KFC tersebut dan terus beratur. Kami berasa sangat hairan dengan perlakuan jurujual
tersebut. Langsung tidak ada riak kemesraan di wajahnya. Langsung tidak
memandang kami. Kami berasa sangat kecewa kerana diperlakukan sebegitu oleh jurual itu.
Jurujual itu tidak seharusnya berkelakuan sebegitu di hadapan
pelanggan. Jurujual tersebut seharusnya menjaga nama baik restoran tanpa
menimbulkan persepsi buruk pelanggan terhadapnya. Pekerja yang baik seharusnya
melayan pelanggan yang datang dengan sebaik-baiknya. Semoga jurujual tersebut
menyedari kesilapan dirinya dan berusaha memperbaiki dirinya.
No comments:
Post a Comment