Kita sering
mendengar guru-guru sering membahasakan dirinya ‘saya’ ketika mengajar
murid-murid dalam bilik darjah. Sering juga kita mendengar guru membahasakan
dirinya dengan menggunakan kata ganti diri ‘aku’ ketika berkomunikasi dengan
murid-murid. Kita dapat merasakan bahawa penggunaan kata ganti diri ‘aku’ agak
kasar dan kurang mesra daripada penggunaan kata ganti diri ‘saya’
Kata ganti diri
‘saya’ yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mampu
mencipta kemesraan dan hubungan erat antara guru dan murid-murid. Hal ini
secara tidak langsung akan menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran. Contoh penggunaan kata ganti diri ‘saya’ yang
digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran:
“Saya rasa seronok dengan kamu semua.”
“Saya memang sukakan cara kamu semua
melayan saya.”
“Saya rasa sakit hati.”
“Saya minta maaf.”
“Saya tak tahu apa saya nak buat kalau kamu tak ada.”
“Saya bertuah menjadi guru kamu.”
“Saya suka mendengar awak menyanyi.”
Apabila
guru-guru menggunakan gaya bahasa ‘saya’ murid-murid akan berasa selesa
mendengar kata-kata si guru tersebut.
Mereka mendapat gambaran bahawa si guru adalah seorang yang ikhlas dan bercakap
tulus dari hatinya. Hal ini menyebabkan murid-murid semakin bersemangat dan
bermotivasi untuk belajar.
No comments:
Post a Comment