Monday 5 March 2012

Situasi 1: Bahasa Melayu Tinggi dalam novel Panas Salju

            Ketika menulis entri ini, saya telah pun selesai membaca novel Panas Salju karya bekas pensyarah subjek Prosa Melayu saya semester lepas, Dr. Talib Samat. Saya sangat kagum dengan penggunaan bahasa Melayu Tinggi yang beliau terapkan dalam penulisan novel ini. 
Novel Panas Salju, menceritakan kisah Zulkifli yang bekerja sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur. Anaknya, Nadhirah mendapat penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL mencadangkan Nadhirah dirawat di King’s College, London. Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak (2) , Cheras . Cikgu Bushrah sanggup menderma sebahagian hati kepada anak mereka, Nadhirah walaupun risikonya cukup besar. Zulkifli menemui sahabat lamanya Mohamad Yusuf di pejabat Utusan Malaysia agar penderitaan mereka disiarkan . Tan Sri Shamsudin yang menjadi pengarah urusan syarikat telekomunikasi, Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos rawatan pemindahan hati di King's College, London.

 Pakar bedah, Dr. Tan Kai Chah berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa di London, Zulkifli dibantu oleh Muliyadi Mahmood , sahabat lamanya yang juga kartunis dan pensyarah di UiTM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saleha Brigite , wanita Perancis. Muliyadi sekampung dengan Zulkifli di Felda Ulu Tiram, Johor. Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan di UiTM Shah Alam dan bekerja di Bank Islam . Kemudian, Nadhirah berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya, Nazli dapat belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana dan seterusnya PhD di universiti yang sama. Zulkifli akhirnya mengambil  keputusan untuk tidak berkahwin lagi.


           Beliau sangat menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu Tinggi dalam kalangan mahasiswa sehingga menerapkan bahasa Melayu Tinggi dalam setiap penulisan. Bahasa Melayu tinggi ialah bahasa yang mempunyai ciri-ciri tatabahasa yang lengkap. Ini bermaksud:


i Ayat-ayat yang digunakan adalah lengkap dari segi tatabahasa, ada subjek dan predikat, penerangnya pada tempat yang menunjukkan hubungan sintaktik yang betul


ii Menggunakan imbuhan dengan lengkap. Imbuhan kata kerja transitif per-, -kan dan –i selenkapnya. Imbuhan yang menunjukkan bangun ayat, iaitu me-, di-, ter- dan ber- selengkapnya. Imbuhan kata nama bagi menunjukkan makna yang berbeza selengkapnya, iaitu pen- (alat dan agen), pen- ... –an (proses), per- ... –an (hasil dan tempat), ke- ... –an (abtrak), -an (hasil), dan sebagainya


iii Menggunakan kosa kata yang terdiri daripada kata-kata konsep tinggi, kata yang lebih canggih bentuk dan maknanya


iv Ganti nama yang lebih sopan dan menghormati orang lain seperti beliau, mereka, saya, dan lain-lain. 


v Tanda baca yang lengkap


vi Mengungkapkan konsep, ilmu dan budaya tinggi


vii Bahasa orang terpelajar


         Bahasa Melayu tinggi adalah bertentangan dengan bahasa Melayu Rendah. Konteks penggunaan bahasa Melayu tinggi adalah berbeza daripada bahasa Melayu rendah. Bahasa Melayu baku adalah bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu kacukan adalah bahasa Melayu rendah. Bahasa Melayu tinggi digunakan dalam konteks mengungkapkan budaya ilmu dan budaya tinggi. Ini adalah bertentangan daripada konteks bahasa Melayu rendah yang digunakan bagi konteks berjual beli dan interaksi sosial rendah yang terhad.


          Dalam novel Panas Salju, terdapat banyak ayat yang telah digunakan oleh beliau yang menepati ciri-ciri tatabahasa yang tepat serta gramatis. Contohnya:



1 Bagaikan sang pengembara yang berjalan di Gurun Sahara



2 keluarga Nadhirah amat memerlukan seteguk air untuk menghilangkan dahaga



3 Burung – burung berkicau riang menyapa kedatangan pagi yang cemerlang



4 Bisikan yang sebenarnya melambai agar dia segera kembali untuk menabur bakti di negara sendiri.





No comments:

Post a Comment