Hari ni saya dan
kawan, Polynia telah pergi ke pekan kerana ada urusan yang harus diselesaikan.
Kami mengambil keputusan untuk menghubungi kereta sapu untuk melancarkan
pejalanan dan mempercepatkan segala urusan. Kami bertindak menghubungi seorang
pak cik yang sangat baik yang kami kenali sebagai Pak Yang untuk menghantar
kami ke pekan. Pak cik Yang sangat baik dan peramah orangnya. Kami sangat
selesa dengan sikap Pak cik Yang peramah.
Pak cik Yang masih kenal dan ingat
nama kami biarpun beberapa bulan tidak berjumpa. Hari ini pertama kali naik
kereta Pak cik Yang setelah sebulan lebih bercuti. “Lama tak jumpa kamu ni, apa
khabar sekarang?” Tanya Pak cik Yang dengan ramahnya. “Khabar baik pak cik. Pak
cik apa khabar? Nampak semakin sihat ye”. Saya pun menjawab pertanyaan pak cik
Yang dengan bersopan santun. “Bagaimana dengan cuti semester? Seronok ye
bersama keluarga? Ada pergi mana-mana ke dengan keluarga?” Tanya pak cik Yang
lagi. Polynia pun menjawab “Emy pulak bagaimana? Tanya Pak cik Yang sambil
tersenyum. “Seronok juga pak cik tapi duduk kat rumah je. B“Seronok pak cik. Tapi tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah je ngan keluarga”. Bapa tak ada cuti”.
Kami tidak sedar bahawa kereta Pak
cik Yang betul-betul telah berhenti di stesen perhentian bas kerana terlalu
seronok bersembang dengan Pak cik Yang. Setelah mengucapkan terima kasih dan
membayar tambang, kami pun bergegas ke tempat yang ditujui.
Semasa berjalan ke tempat yang
ditujui, kami menyingkap lagi kenangan semester semasa naik kereta pak cik Yang
untuk ke pekan. Kami teringat akan kata-kata Pak cik Yang semester lepas. “Kamu
ni baik-baik semua. Peramah dan baik. Tak macam sesetengah pelajar lain yang
naik kereta pak cik dulu, menegur pun tidak, menjawab pertanyaan pak cik pun
nak tak nak je”. Bila teringat kata-kata pak cik itu, memang tidak patut kita
sebagai remaja melayan orang tua sebegitu. Bahasa haruslah digunakan
sebaik-baiknya dalam kehidupan seharian. Hal ini
demikian kerana bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian
kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak
hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu yang baik mahupun
sebaliknya.
No comments:
Post a Comment