Bahasa Inklusif
Bahasa Eksklusif
Lain-lain
Bahasa inklusif merupakan bahasa yang ditempatkan di atas sesebuah
bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada. Bahasa ini ada sifat dan ciri
yang tinggi dan unggul dan mengatasi bahasa-bahasa lain yang ada dalam sesebuah
negara tersebut. Terdapat pelbagai jenis bahasa inklusif. Antaranya ialah:
Bahasa kebangsaan
Bahasa rasmi
Lingua Franca
Bahasa Pijin
Bahasa Kreol
Bahasa Koine
Ketika Puan Husna menerangkan satu persatu jenis bahasa inklusif ini,
saya berasa tertarik dengan penerangan beliau tentang bahasa Lingua Franca. Saya telah pun mengetahui tentang
bahasa Lingua Franca ini sejak belajar di Sekolah Menengah dulu iaitu dalam
mata pelajaran Sejarah. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa Lingua Franca
selama beberapa abad pada suatu masa dahulu iaitu dari daerah Gujerat, India
hingga Pantai Utara Australia dan dari Campa di Vietnam hingga ke Banten di
Jawa Barat.
Lingua franca atau
bahasa perantara merupakan bahasa yang digunakan secara sistematik untuk tujuan
perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya
bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda kedua-dua buah pihak. Lingua
Franca ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau
struktur bahasa itu. Bahasa Lingua Franca juga ditakrifkan sebagai bahasa yang
dikhususkan dalam bidang tertentu seperti bahasa Inggeris untuk tujuan kajian
dalam bidang Sains.
No comments:
Post a Comment