Thursday, 8 March 2012

Situasi 4: Keserumpunan Bahasa


         Malam ini, saya teringin menulis tentang sifat hampir sama antara bahasa Melayu dan bahasa saya sendiri iaitu bahasa Iban. Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar menjelaskan, lazimnya, apabila orang bercakap tentang keserumpunan bahasa, maksudnya terbatas kepada adanya persamaan antara bahasa yang dapat dilihat secara lahir. Katanya, “Misalnya, ada persamaan antara bahasa Iban rumah dengan bahasa Melayu rumah, atau nama bahasa Iban panjai dengan bahasa Melayu panjang. Juga cara menghitung orang Iban sama dengan cara menghitung orang Melayu. Jika orang Melayu menghitung dari satu hinga kepada ribu, demikian juga halnya dengan orang Iban.”

         Persamaan ini jauh lebih tinggi daripada bahasa Iban, lebih dekat dengan bahasa Melayu dibandingkan dengan perkaitan antara bahasa Melayu dengan bahasa Jawa, katanya dan menambah, perbandingan yang seperti ini boleh dilakukan ke atas mana-mana bahasa yang berasal dari keluarga atau rumpun yang sama. “Ciri-ciri persamaan antara bahasa merupakan petunjuk warisan bersama, yakni ada nenek moyang yang sama. Dalam jargon linguistik bahasa-bahasa itu berasal dari bahasa purba (proto-language) yang sama. Perbezaan pula menggambarkan perkembangan yang berlaku pada tiap-tiap bahasa itu mereka berpisah satu sama lain dan dengan demikian bermigrasi meninggalkan kawasan induk.

          “Sebenarnya bahasa tidak berpisah dengan sendirinya. Yang berpisah itu adalah penuturnya. Mereka bermigrasi meninggalkan tempat asal dan mencari tempat kediaman yang lebih selesa bagi diri dan keluarga. Mereka keluar dari tempat asal secara berpuak-puak dan mendirikan komuniti bahasa yang baru di tempat lain. Perkaitan antara bahasa-bahasa serumpun bermakna bahawa pada suatu masa dahulu kala, bahasa-bahasa ini mempunyai bahasa induk yang sama,” katanya.

Antara perkataan bahasa Iban yang mempunyai sebutan dan maksud yang sama dengan bahasa Melayu ialah:

Makai  = Makan
Jalai = Jalan
Pinggai = Pinggan
Datai = Datang
Pulai = Pulang
Kitai = Kita
Perau = Perahu



No comments:

Post a Comment