Hari ini, saya telah belajar serba sedikit tentang dialek Melayu Sabah
daripada teman sebilik saya, Elembinda Joss. Sebelum ini, saya telah pun
mempunyai serba sedikit ilmu tentang dialek Melayu Sabah daripada teman sebilik
saya yang tidak lokek berkongsi ilmu. Saya juga telah mempelajari dialek Melayu
Sabah ini daripada beberapa orang kawan yang berasal daripada negeri Sabah.
Antaranya ialah, Polynia, Aizerin, dan Margeret. Kadang-kadang, saya cuba
mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan menggunakan dialek Melayu
Sabah ketika berbual dengan mereka. Antara perkataan yang telah saya pelajari
ialah:
Pigi = Pergi
Pingsan = Pengsan
Bisuk = Besok
Bilang = Cakap
Gadu = Gaduh
Suda = Sudah
Tapok = Sorok
Mimang = Memang
Saya berasa sangat bersyukur dan gembira
kerana dapat menimba serba sedikit ilmu tentang dialek negeri lain ketika
menuntut ilmu di sini. Pada pendapat saya, mempelajari dialek negeri lain
sangat penting kerana kita berada dalam kelompok masyarakat yang pelbagai kaum
dan hal ini menyebabkan kita dapat memahami serta mempelajari budaya masyarakat
lain di sekeliling kita.
No comments:
Post a Comment